Selasa, 20 Maret 2018

Galaxy S9, S9+ masuk Malaysia

IKLAN 1


SAMSUNG menawarkan model terbaru telefon pintarnya, Galaxy S9 dan S9+ pada harga antara RM3,299 hingga RM4,399 di semua gedung Samsung di seluruh negara mulai esok.
Model terbaru itu ditampilkan dengan pilihan warna Midnight Black, Coral Blue dan Lilac Purple dengan kapasiti storan dalaman 64GB bagi model S9 dan S9+ manakala 128GB dan 256GB hanya untuk S9+ serta keupayaan tambahan memori sehingga 400GB dengan kad memori SD.
Presiden Samsung Malaysia Electronics (SME), Yoonsoo Kim berkata, dua model baru itu direka khusus menerusi inspirasi dari trend komunikasi masa kini melalui landskap sosial media yang sentiasa berevolusi mengikut peredaran zaman seperti gambar, video dan emoji.
Beliau berkata, Samsung sentiasa kehadapan dalam menghasilkan telefon pintar yang luar biasa dan pada masa sama melaksanakan komitmen kepada pengguna dengan mempertingkat kualiti produk seperti reka bentuk dan kamera.
“Antara kelainan yang terdapat pada Galaxy S9 dan S9+ kali ini adalah ciri-ciri kamera baru seperti AR Emoji, Super Slow-mo serta dan Super Low-Light yang memberi kelebihan kepada pengguna meneroka segmen visual baru di samping fungsi suara unik.
“Selain itu, model Galaxy S9+ turut mempunyai tetapan dua kamera yang mampu menghasilkan gambar potret seperti profesional dengan mod Live Focus serta kapasiti kameranya dengan ciri Dual Aperture,” katanya pada majlis pelancaran Galaxy S9 dan S9+ di Kuala Lumpur, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Perniagaan Mudah Alih dan IT SME, Yoo Jin Hyun, Ketua Perniagaan Mudah Alih dan IT SME, KM Liew dan Miss Astro 2016, Serene Lim.
Majlis berkenaan turut mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 2,000 pengunjung dan peminat selebriti popular dari Korea, Park BoGum.
Kim berkata, model baru itu juga menawarkan pengalaman hiburan yang dipertingkatkan seperti pembesar suara stereo yang kuat dengan penalaan oleh AKG, audio yang disokong oleh Dolby Atmos memberikan kesan bunyi sekeliling 360 darjah seolah-olah berada di pawagam.
“Lebih menarik, Galaxy S9 dan S9+ turut mempunyai perlindungan oleh Knox 3.1, platform keselamatan pertahanan yang dibangunkan Samsung serta ciri imbas pintar dengan tiga pilihan pengesahan biometrik iaitu pengecaman wajah, iris dan cap jari,” katanya.
Sempena pelancaran telefon pintar itu, Samsung menawarkan promosi khas pada 16 hingga 18 Mac ini yang mana setiap pembelian akan diberikan pengecas tanpa wayar berharga RM279 secara percuma, terhad 2,300 unit saja.

0 komentar

Posting Komentar