Selasa, 20 Maret 2018

Dulu rugi RM30,000 kini raih RM20,000 sebulan

IKLAN 1


Balik Pulau: Semangat tidak mahu berputus asa yang ditunjukkan usahawan aiskrim buatan sendiri, di Pulau Betong, Balik Pulau memang wajar dicontohi.
Walaupun pada awalnya pernah kerugian sehingga RM30,000, namun pengalaman itu disimpan dan dijadikan pengajaran dalam melengkapkan ilmu perniagaan mereka.
Kini, pasangan terbabit, Muhamad Khusairi Hassim, 29, dan isterinya, Haziela Hamid, 28, sudah mampu tersenyum melihat produk aiskrim, Kuszie Cream yang diusahakan mereka mula dikenali ramai sehingga mampu meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.
Muhamad Khusairi berkata, perniagaan yang diusahakan sejak 2015 itu ternyata sukar sekiranya tidak mempunyai ilmu dalam bidang itu.
“Tambahan pula saya tidak mempunyai latar belakang dalam perniagaan, sama seperti Haziela yang juga bekas pekerja di bahagian khidmat pelanggan.
“Ketika itu, kami hanya tahu menjual saja dan terpaksa akur apabila mengalami kerugian dengan jumlah yang agak besar,” kata bapa kepada dua anak itu ketika ditemui.
Mendapat dorongan keluarga, pasangan terbabit memperbaiki semula pengetahuan perniagaan mereka dengan menghadiri pelbagai kursus yang ditawarkan.

Muhamad Khusairi dan Haziela menunjukkan beberapa perisa aiskrim buatan sendiri.
Berguru dengan empat pakar dalam bidang membuat aiskrim akhirnya memberi peluang kepada mereka bagi membangunkan semula produk berkenaan.
Kata Muhamad Khusairi, setahun kemudian, barulah dia mendapat perisa aiskrim yang diingini selepas 10 kali mencuba.
“Selepas itu saya dan Haziela tidak lagi menoleh ke belakang dan strategi kami bagi memperkenalkan produk ialah dengan mengambil tempahan bagi majlis perkahwinan dan acara keramaian serta memperkenalkan di laman sosial.
“Inilah impian kami mahu mempelbagaikan produk usahawan Bumiputera terutama dalam pembuatan aiskrim yang diyakini halal,” katanya.
Menurut Haziela pula, sehingga kini Kuszie Cream sudah mempunyai 20 perisa dan paling mendapat sambutan ialah durian, cip coklat pudina, vanila bersalut strawberi atau strawberi 
ripple, jagung dan oreo.

0 komentar

Posting Komentar